utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Penghargaan
Ucapan Tahniah Lantikan Naib Canselor 2012 PDF Print E-mail

View the embedded image gallery online at:
http://utimas.uitm.edu.my/penghargaan.html#sigFreeIda4182f8687

 
Tahniah Y. Bhg. Prof. Dr. Azni Zain Ahmed PDF Print E-mail

Kami Exco Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA (UTiMAS), dengan ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menyokong penuh diatas perlantikan Y. Bhg. Prof. sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, UiTM yang baru bermula 6 Jun 2010. Beliau merupakan seorang Tokoh Akademik wanita yang pertama sekali dilantik ke jawatan Timbalan Naib Canselor Akademik sejak penubuhan ITM/UiTM. Perlantikan ini merupakan penghargaan dan penghormatan yang diberikan oleh Menteri Pengajian Tinggi dan Pengurusan UiTM terhadap sumbangan yang didedikasikan oleh para pensyarah wanita UiTM sejajar dengan dasar kerajaan untuk memberikan peranan kepada pemimpin wanita yang berbakat menerajui sektor awam dan swasta.

Semoga dengan perlantikan ini, kami yakin bahawa Y. Bhg. Prof. akan menjalankan tugas baharu ini dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab di dalam menggerakkan hal ehwal akademik & pengantarabangsaan UiTM ketahap yang boleh kita sama-sama banggakan. Kami percaya dengan pengalaman dan pendedahan Y. Bhg. Prof. terhadap pendidikan tinggi negara, Y. Bhg. Prof. akan berjaya membawa perubahan progresif yang ingin dicapai oleh bangsa dan negara dan UiTM tercinta. ‘Together we scale the heights’. InsyaAllah, God bless you and “Behind Every Successful Woman There Are Men From UTiMAS”.

Sekian dan wassalam.

 
Tahniah Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Abdullah bin Mohamad Said PDF Print E-mail

Exco Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA (UTiMAS) bersama semua anggota UTiMAS, dengan ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menyokong penuh diatas perlantikan Y. Bhg. Prof. Dato' sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UiTM yang baru bermula 1 Jun 2010.

Kami yakin bahawa Y. Bhg. Prof. Dato' akan berjaya menjalankan tugas baru ini dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab didalam menggerakkan hal ehwal pelajar dan UiTM ketahap yang boleh kita sama-sama banggakan. Kami juga yakin dengan pengalaman dan pendedahan Y. Bhg. Prof. Dato' dalam pendidikan tinggi di UiTM dan negara, Y. Bhg. Prof. Dato' akan berjaya membawa perubahan yang ingin dicapai oleh bangsa dan negara tercinta melalui kegiatan pelajar UiTM. InsyaAllah.

Sekian dan wassalam dari EXCO dan Anggota-anggota UTiMAS.

 
Penghargaan PDF Print E-mail

Tahniah & Penghargaan

Semua Anggota Persatuan Akademik UiTM (UTIMAS) mengucapkan tahniah ke atas Perlantikan YBhg Dato Prof Dr Ir Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara(UiTM) bermula 1 Januari 2010. Pimpinan UTIMAS dan semua anggotanya menyambut baik perlantikan Beliau oleh kerajaan untuk meneruskan mencapai dan menyempurnakan Visi penubuhan ITM dan UiTM untuk melahirkan Professional Melayu Bumiputera yang mempunyai daya saing dinamik menghadapi segala cabaran globalisasi. UiTm berbangga ke atas perlantikan beliau sebagai Naib Canselor UiTM adalah “ anak ITM kedua” yang sekarang menjadi Naib Canselor UiTM dari kalangan Alumni ITM dan pensyarah UiTM setelah beliau menimba pengalaman yang berharga dengan tugas-tugas di Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Pengarah Pejabat Pengurusan Program.

Perlantikan beliau di UiTM tidak ubah “bagai sirih pulang ke gagang”. Di samping itu kepimpinan UTIMAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas segala sumbangan selama 9 tahun yang telah diberikan oleh Tan Sri Dato Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah dalam membawa UiTM ke tahap cemerlang kini.

UTIMAS dan semua anggotanya akan menumpukan taat setia dan kerjasama kepada semua program dan daya usaha Naib Canselor baru YBhg Dato Prof Dr Ir Sahol Hamid Abu Bakar melakukan perubahan-perubahan dasar UiTM, khususnya dalam konteks professionalisme tenaga akademik untuk mereliasisasikan Agenda Melayu dan memberikan peluang pendidikan seluas-luasnya dan setinggi-tinggi nya kepada anak-anak bangsa dari keluarga miskin sehingga membawa perubahan besar ke dalam struktur sosio politik budaya dan ekonomi Negara.