utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Keanggotaan
Keanggotaan PDF Print E-mail

PETIKAN PERLEMBAGAAN UTIMAS
NOMBOR SIJIL PENDAFTARAN 468,
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA.

FASAL 3
TUJUAN/MATLAMAT


  1. Menjalankan usaha-usaha supaya UiTM sentiasa mendukung  falsafah Kebangsaan di dalam mencapai visi dan misinya;
  2. Mewujudkan satu masyarakat akademik yang tulin;
  3. Menjunjung dan mempertahankan kebebasan akademik yang menjadi syarat utama bagi pengajian, penyebaran dan perkembangan ilmu pengetahuan;
  4. Menjunjung dan mempertahankan autonomi Universiti Teknologi MARA;
  5. Memelihara kepentingan, hak-hak akademik dan kebajikan anggota-anggotanya.
  6. Menjana segala kegiatan yang berfaedah untuk melahirkan suasana perpaduan, persaudaraan dan kemesraan di kalangan semua anggota tanpa sebarang bentuk diskriminasi kaum.
  7. Menyumbangkan pemikiran dan cadangan yang rasional kepada kumpulan Pengurusan UiTM untuk meningkatkan dan memelihara imej global universiti.
  8. Menjalankan perkhidmatan dan perniagaan tanpa risiko untuk meningkatkan kewangan Pertubuhan dan kebajikan para ahli.
  9. Mengadakan skim-skim kebajikan untuk ahli.

 

FASAL 4
KEAHLIAN


Permohonan menjadi anggota mestilah dibuat dalam borang yang disediakan oleh Pertubuhan. Setiap pemohon yang diluluskan permohonannya oleh mesyuarat Jawatankuasa akan didaftarkan sebagai anggota apabila yuran pendaftaran dan yuran keahlian bulan pertama  dijelaskan atau menandatangani surat persetujuan potongan gaji melalui Bendahari UiTM.

Keahlian terdiri dari tiga kategori berikut:
1.    Ahli Biasa

  • Keanggotaan Persatuan ini terbuka kepada semua kakitangan terdiri dari pensyarah UiTM DM53/54 dan VU. yang menerima gaji sepenuh masa dari UiTM.

2.    Ahli Kehormat

  • Keanggotaan Kehormat boleh diberikan kepada tokoh-tokoh masyarakat dan negara bekas kakitangan akademik UiTM tetapi tidak mempunyai hak untuk diundi dan mengundi.

3.    Ahli Bersekutu

  • Keahlian Bersekutu boleh diberikan atas permohonan kepada para  pensyarah kontrak dari luar negara tetapi tidak mempunyai hak untuk diundi dan mengundi.Para pensyarah UiTM yang bersara dari perkhidmatan.Mereka tidak mempunyai hak untuk diundi dan mengundi.
Last Updated on Monday, 24 May 2010 17:58