utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Berita UTiMAS CUEPACS Cadang Sambutan Hari Pensyarah
CUEPACS Cadang Sambutan Hari Pensyarah PDF Print E-mail

MACHANG  – Kesatuan Pekerja-Pekerja  Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)  mencadangkan supaya kerajaan mengadakan sambutan Hari Pensyarah pada masa akan datang selain meraikan sambutan Hari  Guru pada 16 Mei setiap tahun.

Ini kerana, kata Presidennya, Datuk Omar Osman,  profesion pensyarah dan guru berada dalam landasan yang  sama iaitu mendidik anak bangsa.

Menurut beliau, dalam sesetengah perkara pensyarah sewajarnya mendapat perhatian jauh lebih baik.

Bagaimanapun, katanya, kelebihan sering berpihak kepada guru manakala golongan pensyarah seolah-olah diketepikan.

“Kerajaan perlu mengadakan anjakan perubahan atau  tranformasi kepada golongan pensyarah agar  mendapat perhatian seperti yang dinikmati oleh guru,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi  Dialog dan Pembangunan Kakitangan  Pentadbiran bersama Rektor dan pengurusan  kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan  di sini, hari ini.

Justeru, katanya, CUEPACS meminta agar kerajaan  mengadakan sambutan Hari Pensyarah atau  dikenali sebagai Hari Akademik di institusi pengajian tinggi   seluruh negara mulai tahun depan.

“Kebiasaannya para guru menerima khabar gembira  setiap kali sambutan dibuat dan kita minta  kerajaan juga akan mengumumkan khabar yang  sama kepada pensyarah dalam pelbagai  kategori dan mungkin pilih hari yang sesuai untuk  meraikan mereka,” katanya. – mynewshub.my

Last Updated on Monday, 15 August 2011 10:01