utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Berita UTiMAS PENGUMUMAN PERMOHONAN KE JAWATAN PROFESOR (VK7) BERDASARKAN KECERMELANGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENGUMUMAN PERMOHONAN KE JAWATAN PROFESOR (VK7) BERDASARKAN KECERMELANGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PDF Print E-mail

BERITA GEMBIRA KEPADA para pensyarah Profesor Madya UiTM, yang lama berkhidmat dan memiliki kecemerlangan prestasi pengajaran & pembelajaran terutama ahli-ahli UTiMAS untuk segera mengisi borong pemohonan melalui template pemohonan kenaikan pangkat ke Profesor (VK7) yang telah disediakan oleh Penjabat Pendaftar melalui Web UiTM sesegera mungkin untuk diproses selanjutnya.

Seruan dan pengumunan dari UTiMAS ini adalah hasil dari keputusan Mesyuarat Majlis  Bersama Jabatan (MBJ) 04/2010 pada 29 Disember 2010 untuk merealisasikan pekeliling Naib Canselor Dato’ Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc, 25 Oktober 2010, 500-BPD(PPPK 10/2/3) bahawa Lembaga Pengarah Universiti telah bersetuju pada 17 Mei 2010 untuk memulakan kreateria kenaikan pangkat Profesor Gred Khas C (VK7) mengikut 3 pengkhususan iaitu umum (sedia ada), Kecemerlangan Pengajaran & Pembelajaran dan Penyelidik/Fellow/Saintis.

UTiMAS akan sentiasa berunding untuk memantau supaya perlaksanaannya dapat dilakukan dengan penuh kebijaksaan dan keadilan dalam proses kenaikan pangkat ini yang merupakan hasil kebijaksanaan Naib Canselor, Dato’ Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc, terima kasih diucapkan Lembaga Pengarah UiTM, Dato’ Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc dan semua pengurusan tertinggi UiTM yang membuka lembaran sejarah baru dalam penambahbaikan perkhidmatan pensyarah UiTM hasil perjuangan gigih para Exco UTiMAS sejak 3 tahun lalu.

** sila lihat panduan seperti dibawah untuk mendapatkan info tentang cara memohon jawatan Profesor (VK7) berdasarkan pengajaran & pembelajaran.

1. Pemakluman vk7.pdf [klik di sini]

2. Borang Kenaikan Pangkat Pengurusan Tertinggi (28.04.2008) [klik di sini]

3. Template VK7 (Profesor)(10.07.2008) [klik di sini]

Last Updated on Sunday, 09 January 2011 18:53