utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Berita UTiMAS CADANGAN SEMAKAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN SKIMPERKHIDMATAN PENSYARAH UITM KE JPA & KPT
CADANGAN SEMAKAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN SKIMPERKHIDMATAN PENSYARAH UITM KE JPA & KPT PDF Print E-mail

Exco MITASA & UTiMAS telah mengadakan Bengkel Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM pada 19 – 20 Disember 2010 di Hotel Seri Malaysia, Melaka. Hasil rumusan perbincangan bengkel tersebut MITASA & UTiMAS secara bersama akan memajukan sebuah kertas kerja Cadangan Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, & YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui saluran-saluran tertentu.

 

Keputusan:

Bengkel membuat keputusan mencadangkan peratusan kenaikan gaji pensyarah seperti di jadual  1 di bawah.

GRED GAJI

PERATUSAN KENAIKAN

DM 29

100%

DM 32

100%

DM 34

100%

DM 41

90%

DM 45

90%

DM 46

90%

DM 51

80%

DM 52

80%

DM 53

80%

DM 54

80%

VK7

70%

VK 6

70%

VK 5 & VK4

70%

JADUAL 1: Cadangan % Kenaikan Gaji Pensyarah Mengikut Gred

Jadual Cadangan Skim Gaji Perkidmatan Pensyarah UiTM akan dilengkapkan dan disiarkan kemudian.

Rasional Semakan:

  1. Perubahan-perubahan gaji telahpun dibuat di beberapa kementerian seperti polis, tentera dan guru tetapi di Kementerian Pengajian Tinggi , tangga gaji kakitangan akademik  masih lagi di tangga  gaji yang lama.

 

  1. Kesatuan dan Persatuan (MITASA dan UTIMAS) mewakili kakitangan akademik UiTM seluruh Malaysia berpendapat sudah sampai masanya bagi kerajaan mempertimbangkan penyemakan tangga gaji kakitangan akademik UiTM. Ini memandangkan hampir sepuluh (10) tahun semakan Skim Saraan Malaysia (SSM) tidak dibuat terhadap tangga gaji kakitangan akademik UiTM.

 

  1. Berpandukan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun (2001-2010) oleh Jabatan Perangkaan Negara, didapati nilai kuasa beli turun kepada 12%.   Perubahan gaji juga dicadangkan berdasar kepada kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 110%. Justeru, anggaran kenaikan sebanyak 55% (110% ÷ 2) dan tambahan dibuat untuk 10 tahun akan datang dan dicadangkan kenaikan  antara 70% hingga 100% .

 

3.1. Kenaikan 10% setiap tahun bermula dari tahun 2001.

 

3.2. Indek harga oleh Jabatan Perangkaan.  GDP pada tahun 2000, 3.56 meningkat kepada 7.47 pada tahun 2010. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 110%.

 

  1. Tahun 2007 bukan semakan gaji perkhidmatan awam tetapi pindahan skim gaji. Jadi sudah sampai masanya skim gaji perkhidmatan pensyarah UiTM & Universiti juga disemak semula secara menyeruluh.
Last Updated on Sunday, 09 January 2011 18:25