utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Berita UTiMAS KENYATAAN MEDIA KPT
KENYATAAN MEDIA KPT PDF Print E-mail

PELANTIKAN YBHG. PROFESOR EMERITUS DATO’ DR HASSAN BIN SAID SEBAGAI
NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

Dengan sukacitanya, Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mengumumkan pelantikan YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan bin Said sebagai Naib Canselor UiTM yang ke-9, berkuatkuasa 1 Februari 2016.

Sebelum pelantikan ini, Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said menyandang jawatan sebagai Naib Canselor dan Presiden, Universiti Taylor's dan beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi antara Januari 2005 hingga April 2008.

Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah kedoktoran falsafah, juga daripada Brunel University (1984) dengan pengkhususan dalam bidang Computer Aided Geometric Design. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984, kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990 dan Timbalan Naib Canselor (Akademik) USM pada tahun 1995, sebelum dipinjamkan ke Kementerian pada tahun 1998 sebagai pengarah bahagian.

Kementerian juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM ke-8, yang akan tamat tempoh perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor pada 31 Disember 2015 ini.

YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid, yang telah berkhidmat sebagai Naib Canselor UiTM mulai 1 Januari 2010, telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara dan juga di persada antarabangsa, dan juga kepada kemajuan anak-anak bumiputera. Terima kasih diucapkan kepada YBhg Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said atas pelantikan sebagai Naib Canselor UiTM. Dengan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan yang cemerlang, Kementerian yakin bahawa pelantikan Prof Dato' Dr. Hassan akan dapat melonjakkan UiTM ke tahap yang lebih tinggi.

"Soaring Upwards"

Kementerian Pendidikan Tinggi
Putrajaya
14 Disember 2015

LAMPIRAN

Nama
PROFESOR EMERITUS DATO' DR. HASSAN SAID
Negeri Kelahiran
Kelantan
Tarikh Lahir
1 Januari 1955

PENDIDIKAN (Terpilih)

Ijazah Sarjana Muda
Manchester University, UK (1979)
Ijazah Sarjana
Brunel University, UK (1981)
Ijazah Kedoktoran
Brunel University, UK (1984)

KERJAYA PENGALAMAN PENTADBIRAN (Terpilih)

2008 – 2015
Naib Canselor & Presiden, Taylor’s University
2005 – 2008
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
1998 – 2005
Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
1995 – 1998
Timbalan Naib Canselor (Akademik), Universiti Sains Malaysia
1984 – 1990
Pensyarah Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM)
1990 – 1995
Dekan Fakulti Matematik, USM

ANUGERAH (Terpilih)

2007
Chevalier de Ia Legion d’Honneur, Kerajaan Perancis
2009
Doctor of Science (Honorary), Universiti Malaysia Perlis
2010
Doctor of Science (Honorary), Mutimedia University Malaysia
2010
Doctor of Engineering (Honorary), Birmingham University, England
2014
Doctorate (Honorary), University of Toulouse

KEAHLIAN PERSATUAN PROFESIONAL / AKADEMIK (Terpilih)

  • Ahli, Majlis Pendidikan Tinggi Negara
  • Ketua Projek Khas Pendidikan Swasta, Majlis Profesor Negara
  • Felo, Pertubuhan Matematik Malaysia
  • Felo, Institut Matematik dan Aplikasi ITS, UK (FIMA)
  • Felo, Akademi Sains Malaysia (FASc)

SUMBANGAN AKADEMIK & PENDIDIKAN TINGGI (Terpilih)

  • Memainkan peranan penting dalam penubuhan Universiti Penyelidikan
  • Memainkan peranan penting dalam penubuhan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)
  • Melalui ‘Perekaan Geometrik Dibantu Computer’ (Computer Aided Geometric Design, CAGD), beliau telah memperkenalkan kelas baharu fungsi campuran yang dikenali sebagai Generalised Ball Basis Functions yang juga dikenali sebagai “Said Basis Functions”.