utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Berita UTiMAS
Berita UTiMAS
NOTIS PERTAMA MENGHADIRI MESYUARAT AGONG DWI-TAHUNAN KE-5 UTiMAS PDF Print E-mail

YBhg. Dato’ Sri/Datin Sri/Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan

Ahli-ahli UTiMAS

NOTIS  PERTAMA MENGHADIRI MESYUARAT AGONG DWI-TAHUNAN KE- 5 UTiMAS

Merujuk  kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA (UTiMAS) akan mengadakan Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Ke- 5 pada:

Tarikh :         29 November 2012

Hari       :         Khamis

Masa     :         2:30 - 5:15  Petang

Tempat :         Auditorium Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan  bahawa  EXCO Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA (UTiMAS) berterima kasih sekiranya  YBhg. Dato’ Sri/Datin Sri/Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan dapat menghadiri Mesyuarat Agong tersebut.

Kehadiran setiap ahli amat penting dan sangat diharapkan untuk menjayakan Mesyuarat Agong ini dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam

Yang menjalankan tugas

PROF. MADYA MAT @ MUHAMMAD BIN YUSOFF

Setiausaha

Last Updated on Saturday, 10 November 2012 19:53
 
CUEPACS Cadang Sambutan Hari Pensyarah PDF Print E-mail

MACHANG  – Kesatuan Pekerja-Pekerja  Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)  mencadangkan supaya kerajaan mengadakan sambutan Hari Pensyarah pada masa akan datang selain meraikan sambutan Hari  Guru pada 16 Mei setiap tahun.

Ini kerana, kata Presidennya, Datuk Omar Osman,  profesion pensyarah dan guru berada dalam landasan yang  sama iaitu mendidik anak bangsa.

Menurut beliau, dalam sesetengah perkara pensyarah sewajarnya mendapat perhatian jauh lebih baik.

Bagaimanapun, katanya, kelebihan sering berpihak kepada guru manakala golongan pensyarah seolah-olah diketepikan.

“Kerajaan perlu mengadakan anjakan perubahan atau  tranformasi kepada golongan pensyarah agar  mendapat perhatian seperti yang dinikmati oleh guru,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi  Dialog dan Pembangunan Kakitangan  Pentadbiran bersama Rektor dan pengurusan  kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan  di sini, hari ini.

Justeru, katanya, CUEPACS meminta agar kerajaan  mengadakan sambutan Hari Pensyarah atau  dikenali sebagai Hari Akademik di institusi pengajian tinggi   seluruh negara mulai tahun depan.

“Kebiasaannya para guru menerima khabar gembira  setiap kali sambutan dibuat dan kita minta  kerajaan juga akan mengumumkan khabar yang  sama kepada pensyarah dalam pelbagai  kategori dan mungkin pilih hari yang sesuai untuk  meraikan mereka,” katanya. – mynewshub.my

Last Updated on Monday, 15 August 2011 10:01
 
UCAPAN TAHUN BARU HIJRAH 1432, MASIHI 2011 & TAHUN BARU CINA 3 FEBRUARI 2011 & AGENDA BESAR PERJUANGAN SEMAKAN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UiTM PADA 2011 PDF Print E-mail

Presiden UTiMAS, Prof. Dr. Mohammad B. Awang, JSM bersama barisan Exco UTiMAS mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 Masihi 2011 & Tahun Baru Cina kepada semua Profesor & Profesor  Madya, anggota UTiMAS & semua warga Akademik & bukan Akademik UiTM serta pelajar UiTM seluruh Malaysia.

Semoga kedatangan tahun baru ini membawa tranformasi besar kepada prestasi pembelajaran, pengajaran & kerja untuk mencapai kejayaan cemerlang & gemilang dalam kehidupan kita semua beserta dengan kesihatan sempurna.

Pada ahli UTiMAS, marilah bersama dengan semua anggota warga akademik UiTM bersatu hati, tekad & perjuangan untuk menjayakan misi UTiMAS & MITASA mendapatkan persejutuan JPA & kerajaan untuk semakan Skim Perkhidmatan Baru Pensyarah UiTM pada 2011.

Last Updated on Sunday, 09 January 2011 19:20
 
PENGUMUMAN PERMOHONAN KE JAWATAN PROFESOR (VK7) BERDASARKAN KECERMELANGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PDF Print E-mail

BERITA GEMBIRA KEPADA para pensyarah Profesor Madya UiTM, yang lama berkhidmat dan memiliki kecemerlangan prestasi pengajaran & pembelajaran terutama ahli-ahli UTiMAS untuk segera mengisi borong pemohonan melalui template pemohonan kenaikan pangkat ke Profesor (VK7) yang telah disediakan oleh Penjabat Pendaftar melalui Web UiTM sesegera mungkin untuk diproses selanjutnya.

Seruan dan pengumunan dari UTiMAS ini adalah hasil dari keputusan Mesyuarat Majlis  Bersama Jabatan (MBJ) 04/2010 pada 29 Disember 2010 untuk merealisasikan pekeliling Naib Canselor Dato’ Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc, 25 Oktober 2010, 500-BPD(PPPK 10/2/3) bahawa Lembaga Pengarah Universiti telah bersetuju pada 17 Mei 2010 untuk memulakan kreateria kenaikan pangkat Profesor Gred Khas C (VK7) mengikut 3 pengkhususan iaitu umum (sedia ada), Kecemerlangan Pengajaran & Pembelajaran dan Penyelidik/Fellow/Saintis.

UTiMAS akan sentiasa berunding untuk memantau supaya perlaksanaannya dapat dilakukan dengan penuh kebijaksaan dan keadilan dalam proses kenaikan pangkat ini yang merupakan hasil kebijaksanaan Naib Canselor, Dato’ Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc, terima kasih diucapkan Lembaga Pengarah UiTM, Dato’ Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc dan semua pengurusan tertinggi UiTM yang membuka lembaran sejarah baru dalam penambahbaikan perkhidmatan pensyarah UiTM hasil perjuangan gigih para Exco UTiMAS sejak 3 tahun lalu.

** sila lihat panduan seperti dibawah untuk mendapatkan info tentang cara memohon jawatan Profesor (VK7) berdasarkan pengajaran & pembelajaran.

1. Pemakluman vk7.pdf [klik di sini]

2. Borang Kenaikan Pangkat Pengurusan Tertinggi (28.04.2008) [klik di sini]

3. Template VK7 (Profesor)(10.07.2008) [klik di sini]

Last Updated on Sunday, 09 January 2011 18:53
 
CADANGAN SEMAKAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN SKIMPERKHIDMATAN PENSYARAH UITM KE JPA & KPT PDF Print E-mail

Exco MITASA & UTiMAS telah mengadakan Bengkel Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM pada 19 – 20 Disember 2010 di Hotel Seri Malaysia, Melaka. Hasil rumusan perbincangan bengkel tersebut MITASA & UTiMAS secara bersama akan memajukan sebuah kertas kerja Cadangan Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, & YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui saluran-saluran tertentu.

Last Updated on Sunday, 09 January 2011 18:25
Read more...
 


Page 2 of 3