utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Berita UTiMAS
Berita UTiMAS
Perjumpaan UTiMAS-TNCA PDF Print E-mail

Prof. Dr. Azni Zain Ahmed, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan) UiTM pada 7hb Julai 2010 telah menerima 8 wakil UTiMAS untuk berbincang hal-hal berkaitan kriteria  dan perlaksanaan kenaikan pangkat Jawatan Pensyarah Utama (VK7) yang julung-julung kalinya akan diadakan tidak lama lagi. Exco UTiMAS yang diketuai oleh Presidennya, Prof. Dr. Mohamad Bin Awang telah mendengar taklimat dari  Prof. Dr. Azni  Zain Ahmed tentang cadangan pengurusan tentang kriteria kenaikkan pangkat berdasarkan kecemerlanagn pengajaran dan pembelajaran untuk jawatan Pensyarah Utama (VK7). 

Pada dasarnya  kriteria yang dicadangkan oleh Pegurusan meliputi:

1.    Amanah Tugas Akademik dan Penyeliaan
2.    Sumbangan yang signifikan kepada Pedagogi subjek/Profesional Practice
3.    Usaha-usaha Inovasi atau pembentukan kursus/kurikulum.
4.    Kesarjanaan dalam bidang pelajaran dan pembelajaran
5.    Mempamerkan kualiti pelajaran dan pembelajaran
6.     Khidmat kepada universiti, masyarakat dan pelajar
7.    Sanjungan dan Anugerah Akademik

Read more...
 
Berita MBJ PDF Print E-mail

Majlis Bersama Jabatan ke 3 tahun 2010 akan diadakan pada 8hb September 2010. UTiMAS telah menghantarkan 4 usul untuk dibincangkan bagi pertimbangan Pegurusan tertinggi di UiTM. Kita tunggu apakah nantinya reaksi pegurusan UiTM berkenaan 4 usul tersebut. Usul-usul tersebut ialah :

1.    Terdapat ‘trend’ kepenggantungan kepada kertas Ijazah akademik sewaktu memilih calon-calon pensyarah baru yang diperlukan dalam pembangunan dan pengembangan akademik sesebuah fakulti untuk menghasilkan pengeluaran graduan yang ‘ready made’ untuk pasaran kerja dalam dan luar Negara. UTiMAS mencadangkan supaya UiTM mempertimbangkan fleksibeliti dalam pemilihan calon pensyarah yang bukan semata-mata berdasarkan kelayakan akademik tetapi mengambil kira juga pengalaman industri, kebolehan kepimpinan, kemahiran yang berkaitan dengan bidang untuk mengujudkan masyarakat universiti yang pandai dan bijak.

2.    UiTM diminta untuk mengujudkan dua lagi jawatan Pro-Canselor UiTM iaitu yang dilantik dari kalangan Tokoh Wanita Negara dan bekas Tenaga Akademik yang cemerlang dan berjasa. 

3.    UTiMAS meminta pihak Jawatankuasa Executive, LPU, JKP dengan kuasa otonomi Universiti mempertimbangkan untukmengujudkan Anugerah Tahunan Tokoh Akademik UiTM, Tokoh Kepimpinan Persatuan/Kesatuan dalaman UiTM dan Tokoh Pekerja UiTM (bukan Akedamik) dan menambah jumlah Pengangkatan Profesor Emeritus.

4.    Dengan adanya dasar baru dari segi libralisasi pendidikan dan otonomi universiti, setelah berjuang dalam forum-forum MBJ, perjumpaan-perjumpaan dengan Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi, forum-forum persatuan dan  kesatuan akademik  Malaysia sudah sampai masanya memberikan sedikit ruang dan peluang  kepada wakil-wakil Persatuan dan Kesatuan Akademik di UiTM  untuk turut hadir dalam Mesyuarat Senat Universiti dan Jawatan Kuasa Esukutif UiTMterutama dalam kes-kes melibatkan perkhidmatan dan perjawatan serta kebajikan kakitangan dan dasar-dasar baru yang akan diperkenalkan oleh universiti. Pentadbiran baru UiTM diharap dapat mempertimbangkan cadangan ini dalam rangka penambah-baikkan dalam pengurusan, perkhidmatan dan penjawatan dan sistem penyaluran maklumat dari atas ke bawah.

 
JEMPUTAN MENJADI ANGGOTA PERSATUAN AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UTiMAS) PDF Print E-mail

Kepada Y. Bhg. Dato’, Datin, Prof., Prof. Madya, Dr., Ir., Ar., Sur., Tuan & Puan,

Assalamualaikum w.b.t

JEMPUTAN MENJADI ANGGOTA PERSATUAN AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UTiMAS)


UTiMAS telah ditaja penubuhannya oleh 46 orang Profesor dan Profesor Madya yang menghadiri Persidangan Akademik 2002 di Hotel Renaissance Melaka pada 2 Oktober 2002, pukul 11.30 pagi. Ini adalah berikutan dari arahan Pengarah Jabatan Persatuan Sekerja Selangor, Wilayah Persekutuan dan Selangor pada 19 September 2002 supaya Pensyarah DM1 digugurkan dari menjadi ahli Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Mara (MITASA) tidak lewat dari 19 Oktober 2002. Arahan ini adalah berikutan dari arahan Ketua Setiausaha Negara melalui surat JPA (S260/27.3(2) yang menetapkan bahawa hanya Pensyarah DM2 , DM3 dan Penolong Pensyarah sahaja yang boleh menganggotai MITASA. Pada ketika itu terdapat 1058 orang pensyarah bergelar  Profesor dan Profesor Madya yang sedang berkhidmat dengan UiTM dan merupakan kumpulan ilmuan yang menjadi rujukan dan aset kepada UiTM dalam segala bentuk pengembangan program akademiknya. Maka untuk meneruskan perjuangan menerusi suatu persatuan yang sah bagi menyalurkan segala sumbangan dan aktiviti akademik dari kalangan kumpulan pensyarah berpangkat Profesor dan Profesor Madya untuk memartabatkan UiTM sebagai universiti yang unggul di dunia dan membantu pengurusan UiTM mencapai VISI dan MISI punubuhannya maka amatlah wajar satu pertubuhan persatuan akademik yang baru ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan tidak tertakluk kepada Akta Kesatuan Sekerja. Oleh itu tertubuhlah UTiMAS.

 

Last Updated on Sunday, 09 January 2011 23:13
Read more...
 
Mesyuarat Ke-4 Majlis Persatuan Akademik IPTA (MAAC) PDF Print E-mail

Assalamualaikum wrbt seluruh warga sekalian,

Rakan-rakan Prof. & Prof. Madya, ahli-ahli & bukan ahli UTiMAS, dimaklumkan bahwa dibawah restu YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Majlis Persatuan Akademik  IPTA (MAAC) akan mengadakan mesyuarat Ke-4 di UKM, Bangi  pada 15-17 Oktober 2010. Sebanyak sebelas kertas kerja 'edited copy' untuk penambahbaikan skim perkhidmatan pensyarah IPTA yang menyeluruh akan diadakan untuk pengukuhan disamping menyiapkan satu dokumentasi cadangan Skim Gaji Perkhidmatan Pensyarah IPTA termasuk bahagian perubatan akan diterokai untuk disiapkan supaya dapat diadakan perubahan skim gaji yang selaras dengan kos kehidupan di Malaysia berdasarkan kenaikan konsumer 'Price Index' setiap tahun. Skim cadangan ini akan dihantar ke KPT & JPA untuk dijadikan panduan dalam pengstrukturan semula gaji kakitangan awam yang telah pun sampai pada masanya untuk memperkenalkan 'review' gaji baru selari dengan dasar Model Ekonomi Baru (NEM) & pengumuman YAB Perdana Menteri pada baru-baru ini mengenai kerajaan akan menwujudkan langkah-langkah bagi memastikan struktur gaji di Malaysia setaraf dengan nilai sebenar bakat seseorang pada 11 September lepas. Dato', Datin, Tuan, & Puan sila berikan cadangan yang sebaik-baiknaya bagi kami membuat satu cadanagan skim gaj baru pensyarah IPTA. Sekian , terima kasih.

 

Setiusaha UTiMAS

 
KENAPA ANDA PERLU MENJADI ANGGOTA UTiMAS? PDF Print E-mail

1.    UTiMAS bersama dengan 21 Persatuan dan Kesatuan Akademik IPTA Malaysia, melalui Majlis Persatuan Akademik Malaysia atau ‘Malaysia Academic Association Council (MAAC)’ terus menerus selama 2 tahun memperjuangkan nasib kumpulan Profesor Madya yang amat sukar mendapat kenaikkan pangkat Profesor supaya mereka akan bersara dengan tangga gaji JUSA C (VK7) walaupun tanpa gelaran Profesor dengan hanya berdasarkan kepada time-based promotion. Akhirnya perjuangan ini mencapai kejayaan di mana para Profesor Madya akan menikmati tanggagaji yang lebih tinggi iaitu JUSA C (VK7) di universiti awam lain dengan nama Fellow Kanan atau Profesor Madya Kanan dan di UiTM dipersetujui dengan nama Pensyarah Utama. 18 Jun 2010 Ybhg Dato' Naib Canselor telah mengumumkan dan mempelawa para Prof. Madya untuk memohon jawatan Pensyarah Utama(VK7) bermula semester hadapan.
2.    Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA (UTiMAS) adalah satu-satunya persatuan akademik yang sah yang ditubuhkan dibawah Akta Pertubuhan 1966, mengikut Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 sejak 2/10/2002, no. pendaftaran 468.
3.    UTiMAS adalah satu-satunya pertubuhan yang mewakili para pensyarah prof. dan Prof. Madya (tetap sementara dan kontrak) UiTM dalam mendapatkan dan mempertahankan hak-hak berkaitan dengan pertikaian dan permasalahan tentang skim perkhidmatan kenaikan pangkat dan perjawatan para pensyarah prof. dan prof. madya dengan majikan.
4.    UTiMAS dijemput sekurang-kurangnya 4 kali setahun oleh majikan dalam Mensyuarat Bersama Jabatan (MBJ) dimana semua permasalahan, keperluan pandangan dan cadangan berkaitan dengan hal-hal perkhidmatan kebajikan kenaikan pangkat ketidakadilan dalam tatatertib  dan usaha-usaha pengembangan daya intelektual dan kecemerlangan akademik dibincangkan dengan Pengurusan UiTM.
5.    UTiMAS adalah ‘catalyst’ dan ‘feeder’ kepada pengurusan UiTM untuk memajukan segala usaha bagi mencapai misi dan visi penubuhan UiTM dalam mendidik anak-anak bumiputera dalam segala bidang terutama menjadikan mereka generasi berilmu, berkemahiran , beraklak, berhemah dan berdaya saing tinggi dalam menghadapi segala bentuk cabaran globalisasi.
6.    UTiMAS adalah wakil anda yang sah dan dapat menguruskan dengan pihak pengurusan berkenaan dengan hak-hak para anggota dari segi mendapat kadar upah yang adil, keselamatan pekerjaan dan masa kerja dan syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan dengan kerajaan (melalui Jabatan Perkhidmatan Awam setiap kali di adakan rundingan revise skim perkhidmatan dan gaji baru.)
7.    Kami memberikan khidmat nasihat dan pertolongan yang wajar dalam perkara-perkara berkaitan akademik, perkhidmatan dan kebajikan anggota.
8.    Merapatkan hubungan dan interaksi di antara anggota UTiMAS yang bergantung dengan kemampuan kewangan dari semasa ke semasa menganjurkan sukan keluarga, majlis sambuatan hari raya,seminar lawatan sambil belajar ke luar Negara, penyelidikan dan sebagainya.
9.    Mewakili anggota dalam seminar-seminar yang di anjurkan oleh pusat pengajian tinggi dalam Negara dan mengatur rombongan lawatan akademik ke luar Negara.
10.    Memberikan bantuan kebajikan kepada para anggotanya yang mengalami kematian, kemalangan dan bencana mengikut kadar yang diluluskan oleh majlis kerja.

Keahlian UTiMAS terbuka kepada pegawai akademik tetap, kontrak dan sementara dari kumpulan  Professor dan Prof. Madya yang memegang dan bukan memegang jawatan pentadbiran di UiTM.

Last Updated on Sunday, 09 January 2011 18:45
 


Page 3 of 3