utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Berita UTiMAS
Berita UTiMAS
KENYATAAN MEDIA UTiMAS PDF Print E-mail


PERSATUAN AKADEMIK UiTM (UTiMAS) MENYOKONG PENUH PELANTIKAN YBHG. PROFESOR EMERITUS DATO’ DR. HASSAN BIN SAID SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

Presiden dan Semua Exco, Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA (UTiMAS) menyokong penuh pelantikan YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan bin Said sebagai Naib Canselor UiTM yang ke-9, berkuatkuasa 1 Februari 2016. UTiMAS berkeyakinan penuh YBhg. Profesor  mampu menbawa UiTM ke arah kecemerlangan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Tinggi ke arah slogan: Soaring Upwards. UTiMAS amat percaya dan yakin dengan rekod kepimpinan beliau yang cemerlang sebelum ini Prof. Emeritus Dato' Dr. Hassan mampu melonjakkan UiTM ke tahap yang lebih tinggi. Pihak UTiMAS  juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM ke-8, di atas khidmat beliau sebagai Naib Canselor UiTM sejak  1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2015.

PROFESOR DR. HAJI. MOHAMAD AWANG, J.S.M
Presiden
Persatuan Akademik UiTM (UTIMAS)
14 Disember 2015

Last Updated on Monday, 14 December 2015 22:43
 
KENYATAAN MEDIA KPT PDF Print E-mail

PELANTIKAN YBHG. PROFESOR EMERITUS DATO’ DR HASSAN BIN SAID SEBAGAI
NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

Dengan sukacitanya, Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mengumumkan pelantikan YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan bin Said sebagai Naib Canselor UiTM yang ke-9, berkuatkuasa 1 Februari 2016.

Sebelum pelantikan ini, Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said menyandang jawatan sebagai Naib Canselor dan Presiden, Universiti Taylor's dan beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi antara Januari 2005 hingga April 2008.

Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah kedoktoran falsafah, juga daripada Brunel University (1984) dengan pengkhususan dalam bidang Computer Aided Geometric Design. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984, kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990 dan Timbalan Naib Canselor (Akademik) USM pada tahun 1995, sebelum dipinjamkan ke Kementerian pada tahun 1998 sebagai pengarah bahagian.

Kementerian juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM ke-8, yang akan tamat tempoh perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor pada 31 Disember 2015 ini.

YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid, yang telah berkhidmat sebagai Naib Canselor UiTM mulai 1 Januari 2010, telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara dan juga di persada antarabangsa, dan juga kepada kemajuan anak-anak bumiputera. Terima kasih diucapkan kepada YBhg Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said atas pelantikan sebagai Naib Canselor UiTM. Dengan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan yang cemerlang, Kementerian yakin bahawa pelantikan Prof Dato' Dr. Hassan akan dapat melonjakkan UiTM ke tahap yang lebih tinggi.

"Soaring Upwards"

Kementerian Pendidikan Tinggi
Putrajaya
14 Disember 2015

LAMPIRAN

Nama
PROFESOR EMERITUS DATO' DR. HASSAN SAID
Negeri Kelahiran
Kelantan
Tarikh Lahir
1 Januari 1955

PENDIDIKAN (Terpilih)

Ijazah Sarjana Muda
Manchester University, UK (1979)
Ijazah Sarjana
Brunel University, UK (1981)
Ijazah Kedoktoran
Brunel University, UK (1984)

KERJAYA PENGALAMAN PENTADBIRAN (Terpilih)

2008 – 2015
Naib Canselor & Presiden, Taylor’s University
2005 – 2008
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
1998 – 2005
Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
1995 – 1998
Timbalan Naib Canselor (Akademik), Universiti Sains Malaysia
1984 – 1990
Pensyarah Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM)
1990 – 1995
Dekan Fakulti Matematik, USM

ANUGERAH (Terpilih)

2007
Chevalier de Ia Legion d’Honneur, Kerajaan Perancis
2009
Doctor of Science (Honorary), Universiti Malaysia Perlis
2010
Doctor of Science (Honorary), Mutimedia University Malaysia
2010
Doctor of Engineering (Honorary), Birmingham University, England
2014
Doctorate (Honorary), University of Toulouse

KEAHLIAN PERSATUAN PROFESIONAL / AKADEMIK (Terpilih)

  • Ahli, Majlis Pendidikan Tinggi Negara
  • Ketua Projek Khas Pendidikan Swasta, Majlis Profesor Negara
  • Felo, Pertubuhan Matematik Malaysia
  • Felo, Institut Matematik dan Aplikasi ITS, UK (FIMA)
  • Felo, Akademi Sains Malaysia (FASc)

SUMBANGAN AKADEMIK & PENDIDIKAN TINGGI (Terpilih)

  • Memainkan peranan penting dalam penubuhan Universiti Penyelidikan
  • Memainkan peranan penting dalam penubuhan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)
  • Melalui ‘Perekaan Geometrik Dibantu Computer’ (Computer Aided Geometric Design, CAGD), beliau telah memperkenalkan kelas baharu fungsi campuran yang dikenali sebagai Generalised Ball Basis Functions yang juga dikenali sebagai “Said Basis Functions”.
 
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 36 TAHUN 2013 PDF Print E-mail

GRED 1 HINGGA GRED 54 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIPENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM

Muat turun di sini

Last Updated on Monday, 11 November 2013 19:43
 
Blog: Semakan Tangga Gaji Guru vs Pensyarah PDF Print E-mail

Sila rujuk

http://www.beritaterkini.my/tangga-gaji-guru-sekolah-gaji-pensyarah-universiti

Last Updated on Monday, 11 November 2013 19:32
 
PERSIDANGAN TRANSFORMASI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA 2013 PDF Print E-mail

PERSIDANGAN TRANSFORMASI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA 2013

26 Ogos 2013, Presiden, Setiausaha dan 3 org Exco UTiMAS, telah menghadiri Persidangan Transformasi Pengajian Tinggi Malaysia 2013, yang diadakan oleh Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) di UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. MAAC adalah gabungan Kesatuan dan Persatuan Akademik IPTA seluruh negara. Untuk maklumat lanjut sila layari ruangan "Kenyataan Akhbar & Lampiran" untuk lihat Resolusi Persidangan Transformasi Pengajian Tinggi Malaysia 2013 yang di lampirkan.

View the embedded image gallery online at:
http://utimas.uitm.edu.my/berita-utimas.html#sigFreeId9bac34ba4c

 


Berikut adalah pengenalan dan objektif persidangan:

Perkembangan di peringkat global yang berlaku di negara maju mempunyai kesan langsung terhadap dunia akademia. Sehubungan dengannya agenda dan transformasi adalah relevan dalam kontek pendidikan dan pengajian tinggi di Malaysia. Oleh itu persidangan ini dianjurkan sebagai perkongsian untuk merealisasikan idea ke arah membentuk gagasan akademia baru dalam era autonomi pengajian tinggi.

Cabaran masa kini dan hadapan memerlukan persaingan yang dinamis dan sihat. Pastinya agenda transformasi ini melibatkan pelbagai pihak khususnya yang berkaitan dengan jurang IPTA dan IPTS, impak kepada ekonomi, masyarakat dan negara, permintaan pihak yang berkepentingan (stake holder) dan langkah kehadapan untuk menggarap kecemerlangan.
Oleh itu Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) sebagai gabungan semua persatuan kakitangan akademik IPTA di seluruh Malaysia mengambil inisiatif untuk menganjurkan Persidangan Transformasi Pengajian Tinggi Malaysia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang 2020.
Objektif persidangan ini adalah untuk:
1) Menjana dan memperkenalkan transformasi pengajian tinggi di Malaysia dalam konteks akademia baru  dikalangan ahli akademik IPTA dan IPTS
2) Memperkasa dan menyuburkan budaya ilmu di kalangan warga akademik
3) Membina jaringan dan kerjasama yang lebih efektif di kalangan IPTA dan IPTS
4) Mengusulkan kuasa autonomi universiti dapat menjamin kebajikan ahli akademik terus  terpelihara

JAWATANKUASA MAAC PERSIDANGAN:

Pengerusi                      :   Prof. Dr. Mohd Idrus Hj. Mohd Masirin

Timb. Pengerusi I           :   Dr. Normaly Kamal Ismail

Timb. Pengerusi II       :   Prof. Dr. Hj. Mohamad Awang (UTiMAS)

Setiausaha I                  :   Dr. Mohammad Sukri Mustapa

Setiausaha II              :   Prof. Madya Mat @ Muhammad Yusoff (UTiMAS)

Bendahari I                   :   Prof. Madya Miswan Surip

Bendahari II                  :   Dr. Rezian-na Muhammed Kassim

Pengarah Persidangan     :  Prof. Madya Dr. Aminuddin Ruskam

Timb. Pengarah I           :  Prof. Madya Dr. Mat Husin Yunan

Timb. Pengarah II          :  Prof. Madya Dr. Raja Roslan Raja Abd Rahman

Setiausaha Persidangan  :  Dr. Abd Rahman Tamuri

Bendahari Persidangan    :  En. Arief Ruhullah Harris

AJK                             :   Semua Presiden Persatuan IPTA


(sumber : Buku Program PTPTM 13, Anjuran MAAC)

Last Updated on Monday, 11 November 2013 19:54
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 3