utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Aktiviti LAPORAN KEGIATAN DENGAN MAAC
LAPORAN KEGIATAN DENGAN MAAC PDF Print E-mail

 

Kegiatan Bersama Majlis Persatuan Akademik Malaysia(MAAC)


Latar belakang
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah berhasrat untuk mengadakan inisiatif untuk mewujudkan satu platform bagi pegawai akademik di universiti menyampaikan pandangan dan pendapat kepada  Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Dalam satu bengkel di antara persatuan pegawai universiti di Prince Court Hotel, Kuala Lumpur pada bulan Julai 2009, semua wakil universiti telah bersetuju untuk mewujudkan MAAC bagi mewakili semua pegawai universiti di IPTA Malaysia. Mesyuarat pertama telah diadakan pada waktu yang sama.
Pada bulan Ogos 2009 pula, satu bengkel dan mesyuarat memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan akademik IPTA (Siri 2) telah diadakan di Kuching, Sarawak dengan pihak Persatuan Pegawai Akademik UNIMAS menjadi tuan rumah. Dalam bengkel berkenaan, ahli MAAC telah bersetuju agar beberapa kertas kerja dimajukan kepada Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi secara berperingkat dan pemurnian perlu dilakukan sebelum akhir tahun 2009.   
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dipilih sebagai tuan rumah bengkel memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan akademik IPTA (Siri 3). Oleh itu, satu bengkel dan mesyuarat telah diadakan pada 22 hingga 24 Disember 2009 di Hotel Avillion Legacy, Melaka.

Dengan tertubuhnya Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) di bawah naungan YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia sebagai badan penghubung di antara persatuan-persatuan akademik IPTA dengan KPT untuk menyelesaikan segala permasalahan dengan penambahbaikan skim perkhidmatan Pensyarah dan memperkasakan peranan dan kegiatan akademik di Universiti IPTA, pada 2009 maka beberapa Universiti telah pun memberikan geran tahunan kepada persatuan-persatuan akademik university mereka seperti Persatuan Akademik UUM, Persatuan Akademik UTeM, Melaka dan lain-lain Universiti.

UTIMAS telah menghantar wakil-wakilnya iaitu Prof Dr Mohd Bin Awang JSM (Presiden), Prof Madya Hj Abd Ghani Karim AMN(Setiusaha), Prof Madya Dr Zafaran Hassan(Bendahari) dan Prof Madya Dr Abd Rahim Awang( Penolong Setiusaha) ke Bengkel Penambahbaikkan Skim Perkhidmatan pada 29/31 Oktober 2009 di Hotel Four Points by Sheraton, Kuching Serawak, Danau Kelab UKM Bangi 3-5 Mei 2010, Hotel Avilion Melaka 23-24 Disember 2009.

Usaha besar Majlis Persatuan Akademik Malaysia ialah menyiapkan memorandum lengkap cadangan kepada kerajaan,KPT dan JPA untuk menambahbaikkan skim Univeristi yang meliputi 11 kertas kerja iaitu:
1.    Polisi Kenaikkan Pangkat Pensyarah Universiti: Laluan Kerjaya Yang Lebih Fleksibel
2.    Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tutor - Menaiktaraf Jawatan Tutor Berkelayakan Sarjana Ke Jawatan Tetap
3.    Isu Penetapan Tangga Gaji Permulaan Ds52  Bagi Pensyarah Dalam Perkhidmatan Yang  Memiliki Ph.D
4.    Kenaikan Pangkat Semasa Tempoh Pengajian Phd
5.    Permohonan Pemberian Elaun Kepakaran Untuk Pensyarah-Pensyarah Yang Memiliki Ijazah Kedoktoran
6.    Cadangan Menangani Isu Kesukaran Mendapat Pensyarah Muda Cemerlang
7.    Pelantikan Pensyarah Kontrak Bukan Warganegara
8.    Bayaran Elaun Insentif Khas Pensyarah-Pensyarah Perubatan Klinikal (Du) Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (Ipta) Di Sabah Dan Sarawak Bagi Pakar-Pakar Perubatan Klinikal Tempatan  
9.    Pelantikan Pensyarah / Profesor Kontrak Post-Persaraan Wajib
10.    Gantian Cuti Rehat (Gcr)
11.    Isu-Isu Tadbir Urus - Pindaan Auku

*untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kertas kerja,sila lawatai laman kertas kerja.

 

Wakil-wakil MAAC dengan Prof Dr Raduan Che Rose, Bengkel 3-5 Mei 2010 di Bangi.

Last Updated on Tuesday, 25 May 2010 12:07