utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Aktiviti LAPORAN CADANGAN KE MAJLIS BERSAMA JABATAN UITM
LAPORAN CADANGAN KE MAJLIS BERSAMA JABATAN UITM PDF Print E-mail

Laporan UTIMAS dalam mesyuarat MBJ 2008-2010.





1.    PERKARA-PERKARA YANG DICADANGKAN  OLEH UTIMAS KEPADA PENGURUSAN UiTM  IALAH:


USUL TERSEBUT IALAH:
1.    Dengan pelaksanaan Dasar Internasionalisasi UiTM tahun 2008 dan hasil lawatan akademik Dato Seri’ Naib Canselor ke negara-negara luar, maka UTIMAS telah mencadangkan kepada penguruisan untuk memantapkan dengan Dasar Internasionalisasi, usul-usul berikut :
i.    Menyediakan satu dasar peruntukkan bayaran untuk elaun Research Assistant dan syarahan sambilan dalam bidang-bidang yang relevan dan sesuai kepada pensyarah pensyarah luar Negara yang menyambung pengajian Ph. D.
ii.    Setiap fakulti perlu diarahkan untuk menyiapkan senarai pensyarah pakar untuk  dihantar mengajar sebagai Visiting Professor ke universiti-universiti luar Negara yang memerlukan  satu dasar bayaran cost penerbangan, penginapan dan   saguhati selari dengan peruntukkan kerajaan dan UiTM.
iii.    Khas untuk calon-calon Ph.D dari Indonesia perlu dibenarkan menulis tesisnya dalam bahasa Melayu/Indonesia yang kemudiannya perlu diterjemahkan ke bahasa Inggris oleh calon-calon tersebut.
iv.    Setiap fakulti perlu menambahkan bilangan profesornya untuk meningkatkan integriti dan kewibawaan fakulti dan pensyarah-pensyarahnya sebagai penyelia- penyelia untuk calon-calon Ph.D dari luar Negara.

2.    Pihak pengurusan UiTM dan Pendaftar perlu segera meng-upgradekan semua Jawatan Perkhidmatan di bawah Jabatan Pembangunan dengan menaikkan Ketua Jabatan Pembangunan (secara keseluruhan) ke JUSA B dengan KUP berdasarkan pelantikan dari masa ke semasa oleh Naib Canselor UiTM dan ketua-ketua penyelenggaraan dan Pembangunan menjadi JUSA C, manakala Ketua-Ketua Bahagian dinaikkan ke J54 dan begitulah Jawatan-jawatan dibawahnya naik setingkat dari skim yang ada sekarang.

3.    Usul pemberian elaun insentif khas kepada  profesor dibidang kritikal UiTM.
Dengan mengguna pakai pekeliling perkhidmatan 4 tahun 1996 melibatkan pemberian insentif khas kepada pensyarah  professor berkaitan bidang kerana beberapa Universiti-universiti lain didapati membayar elaun kritikal ini termasuk kepada Profesor Kejuruteraan, Arkitek dan lain-lain.


Pekeliling Perkhidmatan Awam 4 tahun 1996 yang memperuntukkan Elaun Insentif Khas kepada pensyarah kumpulan tertinggi Universiti Awam iaitu pegawai perubatan, pegawai pergigian, jurutera, arkitek, juru ukur bahan dan akauntan. Pekeliling ini telah dikuatkuasa pada Januari 1999 di Universiti universiti lain, tetapi tidak diguna pakai sepenuhnya di UiTM kecuali diberikan kepada pakar bidang pergigian dan perubatan saja. Apalagi sekarang ini pihak Pengurusan university awam telah diberikan kuasa autonomi

UiTM diminta untuk menerima pakai keseluruhan  peruntukkan  Pekeliling 4 tahun 1996 : termasuk kepada kumpulan tertinggi Profesor VK7, bidang kejuteraan arkitek, juru ukur bahan dan akauntan.

Jawapan untuk catitan dalam MBJ 18 Mac 2010: Berdasarkan surat JPA Malaysia Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan rujukan:JPA(S)63/158 Klt.9(14) kepada Pendaftar Bahgian Persaraan dan Perkhidmatan UiTM berkenaan bayaran insentif Khas kepada Professor di Bidang Kritikal di UiTM. Dalam menjawab surat pendaftar pada 23 Jun 2008 menyatakan:
1.    Bayaran Insentif Khas merujuk kepada peruntukan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil:4 Tahun 1996 perenggan 1.1 hanya layak kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Jurutera, Arkitek, Juruukur Bahan dan Akauntan bagi kumpulan pengurusan tertinggi sektor awam.
2.    Sehubungan itu, setelah meneliti permohonan yang dikemukakan oleh pihak Puan,Bayaran Insentif Khas adalah tidak diperuntukkan kepada Pegawai Gred Khas Professor VK7 meskipun berada dalam bidang yang sebelum ini layak dibayar BIPK. Surat ditandatangi oleh Marlina Bt Rosli.





4.    Memperbanyak jumlah jawatan Profesor VK7 UiTM berdasarkan kepada rasio bandingan 15% dari jumlah keseluruhan Pensyarah tingkatan biasa dan kanan di UiTM.

Ia bertujuan memberikan motivasi kerja yang maksimum kepada pensyarah yang berkelayakan untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat dari Prof Madya dengan criteria kenaikan pangkat mengikut acuan UiTM berasaskan dengan tugasan dan bebanan kerja pengajaran dan penyelidikan dalam mencapai visi dan misi UiTM.

Mengikut taklimat laporan dapatan akhir team MQA mengadakan APA di UiTM yang diadakan pada 10 Febuari 2010 di Galeri Warisan bahawa terdapat jarak yang besar sekali di antara jumlah Profesor dengan jumlah Pensyarah Tingkatan Biasa dan Kanan. Apalagi jumlah pelajar ketika ini sebanyak 157 000 orang. Pihak Team MQA mencadangkan supaya penambahbaikan kepada jumlah jawatan JUSA di UiTM. Sekaligus, UTIMAS meminta pihak Jawatankuasa Executive, LPU, JKP dengan kuasa otonomi Universiti untuk segera mengadakan rombakan kriteria kenaikan pangkat sesuai dengan acuan UiTM sendiri untuk mewujudkan 15% jumlah Profesor berbanding dengan jumlah keseluruhan Pensyarah. 

5. Meminta supaya mengadakan semula pengstrukturan jawatan selari dengan tugas dan peranan Universiti peringkat nasional seperti jawatan Naib Canselor dengan pangkat turus, Timbalan-timbalan Naib Canselor Jusa A, Penolong-penolong Naib Canselor Jusa B, Pengarah-pengarah Kampus Jusa B, Dekan-dekan Jusa C, Ketua-ketua Pembangunan & Penyelenggaraan, Ketua Perpustakaan, Jusa C, Bendahari Jusa B, dan jawatan-jawatan lain dalam akademik dan pentadbiran perlu dikaji semula dan diberikan pangkat yang sesuai.

UiTM perlu dengan segera mengadakan pengstrukturan jawatan-jawatan akademik dan bukan akademik dengan tidak melupakan meningkatkan jumlah Profesor kepada 15% dari jumlah keseluruhan Pensyarah seperti yang diamalkan oleh Universiti awam lain.


6.    Memberikan Lantikan kenaikan Gred gaji kepada DM51 secara automatic kepada para pensyarah yang telah mempunyai kelulusan PhD dalam bidang masing-masing.

Memohon kebijaksanaan pengurusan tertinggi UiTM menyemak semula senarai Pensyarah yang telah mendapat PhD dan memberikan secara terus tanpa permohonan pensyarah berkenaan kepada tangga gaji DM51. Ini kerana terdapat aduan Pensyarah yang telah mempunyai PhD tetapi belum mendapat gred gaji DM52 atau DM51. Sekaligus, pihak Bahagian Perjawatan dan Pekhidmatan UiTM diminta segera mengemaskinikan data kelulusan yang diperolehi oleh pensyarah dan mana yang telah memenuhi syarat mempunyai Ijazah PhD hendaklah diberikan gred gaji DM51 sesegera mungkin.

7.    Memohon Geran Tahunan Kepada Persatuan-Persatuan Dalaman Uitm untuk menjalankan kegiatan-kegiatan yang bermenanfaat sebanyak RM10,000.00 satu persatuan.

Dengan tertubuhnya Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) di bawah naungan YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia sebagai badan penghubung di antara persatuan-persatuan akademik IPTA dengan KPT untuk menyelesaikan segala permasalahan dengan penambahbaikan skim perkhidmatan Pensyarah dan memperkasakan peranan dan kegiatan akademik di Universiti IPTA, pada 2009 maka beberapa Universiti telah pun memberikan geran tahunan kepada persatuan-persatuan akademik university mereka seperti Persatuan Akademik UUM, Persatuan Akademik UTeM, Melaka dan lain-lain Universiti.

8.    Mengemaskinikan Kpi Dan Jumlah Ata Kepada Pensyarah-Pensyarah Kontrak Termasuk Profesor.

Melihat keberkesanan dan manfaat dari pengambilan pensyarah-pensyarah kontrak dari dalam dan luar UiTM supaya memenuhi keperluan Fakulti dan UiTM.
.
UTIMAS mengalu alukan kebijaksanaan YB Naib Canselor UiTM ke 7 iaitu Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar memastikan KPI yang cukup untuk pensyarah-pensyarah yang akan dilantik dan disambung kontrak pekhidmatannya di UiTM.

Memohon HEA untuk melihat keadaan ini dan menyiasat dalam beberapa fakulti tentang adanya pensyarah-pensyarah, Profesor, Prof Madya, Pensyarah Kanan dan Pensyarah biasa yang bekerja tidak cukup ATA dan tidak memenihi KPI yang ditetapkan oleh Universiti terhadap mereka. Jika didapati keadaan ini benar, maka HEA dan JKE perlu mengambil tindakan yang tegas dan wajar supaya tidak berlaku pembaziran wang rakyat.

9.    Melaksanakan dasar demokrasi akademik, otonomi univesiti selari dengan perkembangan sosio politik tanah air dan dasar baru KPT.

Baru-baru ini di UM telah memulakan speaker cornernya dan beberapa Universiti lain sedang dalam perlaksanaan untuk memulakan tren demokrasi baru di kampus dan difahamkan juga bahawa KPT telah memasukkan unsur-unsur demokrasi dan otonomi akademik di dalam dasar-dasar barunya termasuk kepada akta baru universiti dan kolej.

UiTM perlu segera memberikan laluan kepada persatuan-persatuan pelajar mengadakan speaker corner nya dan begitu juga persatuan-persatuan akademik MITASA dan UTIMAS diikuti dengan KKU perlu dibenarkan mengadakan satu program seperti speaker corner untuk membincangkan tentang isu-isu kampus dan negara. Sampai masanya amalan demokrasi dan otonomi Universiti diamalkan dengan berpandukan kepada dasar dan ketetapan-ketetapan yang diberikan oleh KPT.


10.    Memohon supaya UiTM mengadakan bengkel Perancangan Strategik untuk penyusunan dan pengstrukturan semula lokasi-lokasi kampus sesuai dengan bidang yang berkaitan, pengstrukturan jawatan-jawatan akademik dan bukan akademik, dasar perbelanjaan universiti selari dengan keperluan dan tugasan terkini yang dibebankan keatas UiTM oleh Negara dan KPT.

Membentuk dasar-dasar baru selari dengan visi dan misi UiTM untuk menjana jumlah profesional bumiputera dengan mengstrukturkan organisasi dan jawatan di UiTM.

Merujuk kepada taklimat laporan dapatan akhir team MQA mengadakan APA di UiTM yang diadakan pada 10 Febuari 2010 di Galeri Warisan tentang kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan secara menyeluruh sistem akademik dan bukan akademik di UiTM dan juga mengambil kira amanat dasar yang diberikan oleh Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar kepada kakitangan UiTM pada 25 Januari 2010 di Dewan Sri Budiman, maka satu bengkel dan seminar perancangan strategik untuk penyusunan dan pengstrukturan semula organisasi, kurikulum dan jawatan di UiTM.

11.    Pemberian kenaikan gaji secara automatik kepada mereka yang cemerlang dalam PTK

12.    Menggelak pembaziran dalam penggunaan fasiliti logistic.Ramai yang berpendapat program ijazah yang hanya ditawarkan di kampus utama dan program diploma di cawangan telah mengakibatkan pembaziran fasiliti logistik seperti dalam  perpustakaan dan makmal.Cadangan, supaya satu lokasi diadakan kepada tidak lebih dari dua fakulti  dalam mengadakan perpustakaan dan fasiliti khas untuk fakulti-fakulti tersebut.

13.    Usul mengadakan satu sistem  networking  ICT mengendalikan segala urusan dan program semua kampus di malaysia untuk  dokumentasi perkhidmatan dan prestasi kakitangan termasuk kenaikan pangkat,  perpustakaan virtual dan peperiksaan online.Tujuan,  Membina satu sistem ICT tercanggih untuk menjalankan segala urusan dan program di semua  kampus melalui online iaitu dokumentasi perkhidmatan dan prestasi kakitangan termasuk kenaikan pangkat,  perpustakaan virtual dan peperiksaan online.

Berdasarkan konsep dan kerangka akademik blueprint UiTM 2011 – 2015  dimana telah dicadangkan untuk mempastikan takbir urus wilayah-wilayah dan pemantapan proses pengurusan maka perlu pengujudan :

1. Jawatan kuasa tender di peringkat wilayah
2. Perlantikan kakitangan
3. Latihan dan beasiswa
4. Bangunan Infrastruktur
5. ICT

Hasil Perbincangan dalam : Bengkel Penyelarasan   Perancangan Strategik  Utimas Dan Persatuan Dalaman  Uitm, Di Hotel Palace, Karamunsing, Kotakinabalu Pada  16-19 Julai 2009

Juga didapati kekurangan dan kelemahan dalam mempastikan takbir urus semua kampus cawangan dan kekurangan dalam proses pengurusan yang ada sekarang ini terutama sekali dari segi sistem dokumentasi dan penilain kenaikan pangkat,penggunaan buku-buku  yang memaksa perputakaan dibuka hingga ke pukul 12.00 malam dan rungutan pensyarah dalam pengendalian dan pemeriksaan kertas-kertas soalan sehingga mengakibatkan penggunaan modal insan yang banyak dan kewangan tinggi serta masa yang panjang.

CADANGAN, UiTM perlu melangkah maju kepada penggunaan ICT –satu sistem dan software yang tercanggih untuk mengendalikan segala urusan dan program semua kampus di Malaysia meliputi   dokumentasi perkhidmatan dan prestasi kakitangan termasuk kenaikan pangkat online, perpustakaan virtual yang dapat digunakan oleh seluruh pelajar di semua  kampus melalui internet pada bilabila masa dan menjimatkan pelajar mendapatkan bahan bahan dengan bekalan semua buku buku terkini dan terbaru untuk kegunaan semua mata pelajaran fakulti  dan membolehkan  peperiksaan online diadakan.

Last Updated on Monday, 24 May 2010 18:27