utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Aktiviti RINGKASAN AKTIVITI UTIMAS
RINGKASAN AKTIVITI UTIMAS PDF Print E-mail

Laporan Aktiviti UTIMAS 2002-2010
AKTIVITI AKADEMIK YANG TELAH DIJALANKAN OLEH UTiMAS SEJAK DITUBUHKAN PADA 19 MAC 2003


Tahun 2002-2004


1.    Penubuhan Protem Committee UTiMAS (Mei 2002)

2.    Pendaftaran UTiMAS dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
•    Mendapat kelulusan pendaftaran rasmi dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 19 Mac 2003

3.    Anugerah Innovasi Rekacipta
•    Hasil daripada ide-ide asal dan usaha UTIMAS,IRDC UiTM telah berjaya mendapatkan komitmen tajaan tahunan sebanyak RM 21,500 dari Bank Islam Malaysia (M) pada 9/12/2003 di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. Program ini telah diselenggarakan bersama BRC, UiTM.

4.    Projek Tanah Penyelikan Biotek
•    Pada 19/8/2003, barisan EXCO UTiMAS telah bertemu dan mengemukakan permohonan kepada Dato’ Hj. Shamsul Bahari Bin Mat, Pengerusi Jabatan Bertindak Pertanian Negeri Sembilan untuk mendapatkan kawasan hutan bagi tujuan penanaman dan pemuliharaan berbagai jenis tanaman herba untuk tujuan penyelidikan dan pengajaran biotek. Jawatankuasa telah dibentuk untuk penyediaan kertas konsep dan kertas kerja. Tiada keputusan.

5.    Konvensyen Pengstrukturan Sistem & Dasar Pengajian Tinggi dan Expo IPTA
•    Telah dilanjutkan untuk aktiviti akademik bagi tahun berikutnya dengan nama National Conference on Tertiary Education (NCTE 2005)

6.    Memorandum Kenaikan Taraf Jawatan, Kenaikan Pangkat dan Pembetulan Sistem Rekod Pensyarah Dalam Rangka Pengstrukturan Semula UiTM Berasaskan Pekeliling Jabatan  Perkhidmatan Awam (JPA) Bil. 4 Tahun 2002
•    Memorandum telah dikemukakan kepada Naib Canselor UiTM pada 17/11/2003 dan sebahagian cadangan telah diterima pakai hingga kini.

Tahun 2005-2006


1.    2005 National Conference on Tertiary Education: Malaysian Academic Integrity in Facing New Challenges
•    Bagi merealisasikan impian dan hasrat Perdana Menteri baharu (pada masa itu) bagi meneliti semula dasar pendidikan Negara, dimana dasar ini akan menjadikan hala-tuju IPT Negara bertaraf dunia disamping memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja yang menghadapi berbagai cabaran globalisasi, satu konferensi yang diberi nama “2005 National Conference on Tertiary Education (NCTE 2005) telah berjaya diadakan pada 26 Julai – 28 Julai 2005 bertempat di Dewan Sri Budiman (DSB), UiTM. Lurutan daripada itu, satu proceedings of NCTE 2005 telah juga berjaya dibukukan dengan judul “Tertiary Education: Main Challenges, Challenges & Opportunities, Quality & Accreditation and World Class Universities”.

Tahun 2007-2008

1.    Elaun Dekan
•    Mencadangkan agar menggunapakai pemberian elaun Dekan sebanyak RM800.00 sebulan mengikut pekeliling JPA yang mana sebelum ini elaun Dekan hanya sebanyak RM500.00 sebulan. Cadangan digunapakai sekarang.

2.    Yuran Pengajian Sarjana & Ph.D
•    UTiMAS telah memohon agar Pengurusan UiTM memberikan kemudahan kepada para pensyarahnya mengambil secara sambilan bagi kursus Sarjana & Ph.D di UiTM dengan membayar hanya RM500 bagi setiap semester.UiTM bersetuju.

3.    Program Tetap Penempatan Pelajar UiTM Untuk Mengikuti Pengajian Kritikal: Bidang Perubatan di Universiti-Universiti di Indonesia
•    Atas usaha gigih UTiMAS, program ini diluluskan untuk perlaksanaan dan sedang berjalan kini

4.    Cadangan Penambahbaikan Pengurusan dan Pembelajaran di UiTM
•    UTiMAS senantiasa menghulurkan ide-ide dan cadangan-cadangan bagi pemanbahbaikan system pengurusan dan pembelajaran ikutan daripada penambahan pengambilan pelajar dengan cadangan-cadangan seperti berikut:
i.    One Stop Centre: Seminar & Conference
ii.    Mengupgradekan Jawatan Naib Canselor kepada Jawatan Turus
iii.    Penambahan kakitangan sokongan dan akademik
iv.    Kursus Kepimpinan Ketua Kursus/Program
v.    Penambahan Kekerapan Kenaikan Pangkat Profesor/Fellow Akademik
vi.    Tawaran Penyambungan Khidmat Pensyarah Kontrak hingga 65 Tahun
vii.    Pembiayaan Menghadiri Seminar Dalam dan Luar Negeri
viii.    Isu PTK
ix.    Lain-Lain

Tahun 2009-KINI


1.    Bengkel Perancangan Strategik UiTM hingga 2020: Academic Blue Print
•    Satu Bengkel telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 - 19 Julai 2009 bagi mengkaji status semasa, peranan  dan  halatuju  UTiMAS dan persatuan-persatuan dalaman lain selari dengan Perancangan Strategik UiTM hingga 2020. UTiMAS telibat secara langsung didalam membantu pihak HEA bagi merealisasikan proses pengurusan dan pembelajaran di UiTM dirangka dengan jayanya untuk penyediaan Konsep & Kerangka ‘Academic Blue Print’.

2.    Majlis Dialog Persatuan Pegawai Akademik IPTA Bersama Y.B. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 19-20 Julai 2009, Hotel Prince, Kuala Lumpur
•    Cadangan Penambahbaikan Bagi Perbincangan Isu-Isu Semasa Dan Majlis Dialog Persatuan Pegawai Akademik Ipta Bersama Y.B. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada19 Julai - 20 Julai 2009.
•    Usul Cadangan daripada UTiMAS, UiTM Shah Alam adalah seperti berikut:
(i)    Menetapkan jumlah nisbah Profesor / Profesor Madya berbanding  dengan nisbah pelajar di semua Universiti dibawah Kementerian Pengajian Tinggi. Perlu disediakan dasar untuk semua universiti berbanding jumlah pelajar selari dengan pembangunan akademik terkini dan relevan.
(ii)    Bagi Profesor Madya yang telah lama berkhidmat, dan  tidak dapat kenaikan pangkat jawatan  kepada  Profesor, perlu ada dasar ‘timebase’ bagi kenaikan pangkat ke Profesor JUSA A/B/C atau ke jawatan baru yang diwujudkan bergelar ‘Fellow’ JUSA B/C saja.
(iii)    Dasar peruntukan fasiliti untuk kemudahan Profesor / Profesor Madya  selari dengan fasiliti yang diperuntukkan adalah sama dengan pegawai-pegawai PTD, mithalnya saiz ruang pejabat, ‘personal assistant’, dll. kemudahan.
(iv)    Kelayakan perjalanan dan sarahidup untuk pembentangan kertas kerja, seminar, penyelidikan perlu mengikut kelulusan daripada Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam, dan tidak di ubahsuai atau dikurangkan dengan sewenangnya oleh pihak pentadbiran Universiti.
(v)    Kelonggaran birokrasi dari pihak pengurusan Universiti untuk meluluskan program-program  akademik ke luar Negara seperti menjalankan tugas Profesor Jemputan,  Penyelidikan di luar Negara, pembentangan kertaskerja di seminar dan konferensi luar Negara.
Cadangan menghidupkan kembali  ITM di kawasan luarbandar bagi memberi ruang pendidikan pelajar miskin dan luar bandar yang berkelulusan tahap minima dan dilatih dalam pelbagai bidang separa professional pada peringkat Diploma. ITM ini akan menyelamatkan belia bumiputra dari menjadi warga yang tersisih daripada arus pembangunan. Ini akan mengelakkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan yang tidak berfaedah agar di lentur menjadi warga yang memenuhi kehendak pembangunan Negara. Ia juga boleh menjadi  sebagai ‘feeder’ kepada UiTM.  Penubuhan kembali ITM ini akan memberikan peluang kepada pelajar bumiputra yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian pada peringkat Diploma. Peranan Kolej Bersekutu perlu dikajisemula.

3.    Bengkel Memperkasa Dan Meningkatkan Kecermelangan IPTA Pertama Anjuran Majlis Persatuan Pegawai Akademik Malaysia ( MAAC), 25-31 Oktober 2009 anjuran UNIMAS, bertempat Di Bilik Seminar, Four Point By Sheraton  Hotel,  Kucing, Sarawak
•    Bengkel dan Mesyuarat ini yang aggota tetapnya terdidiri daripada Presiden & Setia Usaha Persatuan Dalaman dari 20 IPTA Malaysia diadakan adalah lurutan daripada Majlis Dialog Persatuan Pegawai Akademik IPTA Bersama Y.B. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 19-20 Julai 2009, Hotel Prince, Kuala Lumpur.
•    Antara Objektif Mesyuarat dan Bengkel adalah seperti berikut :
(i)    Untuk persediaan dan pemurnian kertas kerja yang hendak dibawa oleh Majlis Persatuan Pegawai Akademik Malaysia (MAAC) kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
(ii)    Untuk membuat pembentangan terakhir kertas kerja berkaitan kenaikan pangkat, kebajikan, dan isu-isu Majlis Persatuan Pegawai Akademik Malaysia (MAAC) kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
(iii)    Untuk membuat penilaian terakhir kertas kerja berkaitan kenaikan pangkat, kebajikan, dan isu-isu dari Majlis Persatuan Pegawai Akademik Malaysia (MAAC) kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia sebelum dilaksanakan.
•    Sebelum cadangan MAAC dikemukakan untuk pertimbangan dari Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd. Khaled Nordin  Menteri Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pemurnian Kertas Cadangan akan di buat di Melaka nanti.

4.    Bengkel Memperkasa Dan Meningkatkan Kecermelangan Akademik IPTA Siri  Ke Dua Anjuran Majlis Persatuan Pegawai Akademik Malaysia( MAAC) pada 21-25 Disember 2009 anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) bertempat di Hotel  Avillion Legacy, Melaka
•    Bengkel ini adalah ikutan daripada Bengkel yang di adakan di Four Point By Sheraton  Hotel,  Kucing, Sarawak.
•    Antara Objektif Bengkel adalah seperti berikut :
(i)    Untuk pemurnian kertas kerja yang hendak dibawa oleh Majlis Persatuan Pegawai Akademik Malaysia (MAAC) kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
(ii)    Untuk membuat pembentangan dan penilaian terakhir kertas kerja berkaitan kenaikan pangkat, kebajikan, dan memperkasakan universiti oleh Majlis Persatuan Pegawai Akademik Malaysia (MAAC) kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Last Updated on Monday, 24 May 2010 18:24