utimas.uitm.edu.my


Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA

  Home Aktiviti AKTIVITI 2010-2012
AKTIVITI 2010-2012 PDF Print E-mail

AKTIVITI - AKTIVITI  UTiMAS 2010-2012

1- Bengkel Semakan Gaji dan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM

MITASA dan UTiMAS telah mengadakan Bengkel Semakan Gaji dan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM pada 19-20 Disember 2010 di Hotel Sri Malaysia, Melaka. Hasil daridapa bengkel tersebut satu memorandum telah diserahkan kepada YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 28 Ogos 2011

 

2- Bengkel Pemurnian Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM

MITASA mengadakan  bengkel dengan kerjasama UTiMAS pada 26-28 Mei 2011 bagi membincang dan memurnikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM. Bengkel ini diadakan di Hotel Renaissace, Melaka. Resolusi bengkel tersebut disiarkan dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 2 Jun 2011.

 

3- Pertemuan Dengan  Menteri Pengajian Tinggi

UTiMAS bersama MITASA telah mengadakan pertemuan dengan Dato’ Sri Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi di pejabatnya di Putrajaya pada 28 Ogos 2011 bagi menyerahkan satu memorandum Semakan Gaji dan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM.

 

4- Bengkel Semakan Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti

UTiMAS telah menghadiri Bengkel Semakan Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti yang dianjurkan oleh Malaysian Academic Association Council/ Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) di Hotel Vistana Kuala Lumpur pada 28-29 Mac 2011.

 

 

5- Mesyuarat Bagi Membincangkan Isu-Isu Berkaitan Perkhidmatan & Kebajikan Kakitangaan  Akademik dan Sokongan di IPTA

UTiMAS telah menghadiri Mesyuarat Bagi Membincangkan Isu-Isu Berkaitan Perkhidmatan & Kebajikan Kakitangaan  Akademik dan Sokongan di IPTA yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT di Putrajara pada 15 April 2011

 

 

6- Bengkel Pemantapan Skim Perkhidmatan Universiti

UTiMAS telah menghadiri bengkel Pemantapan Skim Perkhidmatan Universiti anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT di Hotel Concorde Shah Alam pada 15-16 Ogos 2011

 

7- Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah UiTM

UTiMAS, MITASA, Persatuan Pentadbir dan KKUUiTM telah menghadiri Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah UiTM pada 24 ogos 2011 bagi membincangkan isu-isu dan kebajikan staf UiTM

 

8- Perjumpaan Khas dengan Presiden CUEPACS mengenai Penambahbaikan SBPA

Wakil UTiMAS telah mengadakan perjumpaan khas dengan Presiden CUEPACS mengenai Penambahbaikan SBPA di Hotel Abadi Melaka pada 21 Disember 2011

 

9- Mesyuarat Pemantapam Skim Perkhidmatan Universiti

UTiMAS dijemput menghadiri Mesyuarat Pemantapam Skim Perkhidmatan Universiti anjuran KPT di PICC Putrajaya pada 5 Jan 2012

 

10- Perbincangan Isu Pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Aawam (SBPA)

UTiMAS telah menyertai Perbincangan Isu Pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Aawam (SBPA) anjuran KPT di KPT Putrajaya pada 30 Januari 2012

 

11-       Bengkel Khas Skim Baru Perkhidmatan Awam

 

UTiMAS dijemput  sebagai peserta Bengkel Khas Skim Baru Perkhidmatan Awam anjuran CUEPACS pada 17-18 Feb 2012 di Hotel Putra, Kuala Lumpur

 

12-        Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012

 

UTiMAS dijemput ke Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 tahun 2012 kepada kesatuan/ Persatuan pada 25 April 2012 di Blok C1, Compleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya

 

13-        Wacana Intelek Bersama Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri

 

UTiMAS telah menghadiri Wacana Intelek Bersama Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri anjuran Pertsatuan Alumni UiTM Malaysia pada 7 Mei 2012 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur

 

14-       Bengkel Kajian Skim Perkhidmatan Penjawam Awam

 

UTiMAS dijemput menyertai Bengkel Kajian Skim Perkhidmatan Penjawam Awam anjuran CUEPACS pada 12-14 Jun 2012 di Hotel Classic, Muar, Johor

 

 

 

15-       Bengkel Penambahbaikan  Skim Pensyarah IPTA

UTiMAS dijemput menghadiri Bengkel Penambahbaikan Skim Pensyarah IPTA anjuran MAAC di KPT Putrajaya pada 26 – 27 Jun 2012. Hasil bengkel ini satu memorandum disiapkan untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri dan satu kertas cadangan Skim Pensyarah Universiti untuk dibentang dan diserahkan kepada  Suruhanjaya Khas Mengkaji Tranformasi Perkhidmatan Awam.

 

16-       Sesi Sembang Y.A.B. Perdana Menteri Bersama Profesor & Profesor Madya IPTA

 

UTiMAS dilantik sebagai Urus Setia peringkat UiTM dan IPTA bagi Sesi Sembang Y.A.B. Perdana Menteri Bersama Profesor & Profesor Madya IPTA di Seri Perdana, Putrajaya pada 28 Jun 2012

 

17-       Mesyuarat bagi Membincangkan Memorandum 7 Perkara oleh MAAC kepada Y.A.B. Perdana Menteri

 

UTiMAS mengetuai panel MAAC dalam Mesyuarat bagi Membincangkan Memorandum 7  Perkara oleh MAAC kepada Y.A.B. Perdana Menteri di KPT Putrajaya pada 5 Julai 2012

 

18-       Mesyuarat Jawatankuasa Skim Baharu Perkhidmatan Pengajian Tinggi

 

UTiMAS dijemput hadir dalam tersebut yang dipengerusikan oleh naib Canselor UPM pada 6 Julai 2012 di UPM, Serdang

 

 

19-     Majlis Pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang Peringakt Negeri Selangor

 

UTiMAS dijemput ke Majlis Pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang Peringakt Negeri Selangor di i-City, Shah Alam oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 17 Julai 2012

 

20-       Bengkel Tranformasi Skim Perkhidmatan Staf Akademik IPTA

 

UTiMAS dijemput sebagai panel Bengkel Tranformasi Skim Perkhidmatan Staf Akademik IPTA anjuran MAAC di UPM Serdang pada 17-18 Julai 2012

21-       Bengkel Pemurnian Skim Pensyarah Universiti (SPU)

UTiMAS menghadiri Bengkel Pemurnian Skim Pensyarah Universiti (SPU) anjuran MAAC di KPT Putrajaya pada 23 Julai 2012

 

22-        Pembentangan Tranformasi Skim Perkhidmatan Staf Akademik IPTA

UTiMAS menyertai  Sesi Pembentangan Tranformasi Skim Perkhidmatan Staf Akademik IPTA oleh MAAC kepada Suruhanjaya Khas Mengkaji Tranformasi Perkhidmatan Awam di Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya pada 24 Julai 2012

 

23-        Bengkel Penstrukturan Semula, Malaysian Academic Assocition Council (MAAC)

UTiMAS menghadiri sebagai panel Bengkel Penstrukturan Semula, Majlis Persatuan Akademik Malaysia/Malaysia Academic Associations Council (MAAC) di Hotel Palm Garden, Putrajaya pada 7 Ogos 2012

 

 

 

Last Updated on Monday, 26 November 2012 20:34